Keranamu,

Keringatku mengalir,perutku pernah terikat,mataku pernah bersengkang,langkahku pernah longlai,otakku pernah membeku,darahku pernah menitis,airmataku pernah bercucuran, jiwaku pernah kosong,hatiku pernah sunyi,oleh keranamu dan kerana aku..Kaki PTT.

My Mentor

EBiz

Salam semua, ntah kenapa dikala pagi ini aku terasakan begitu sunyi, seperti hatiku, bagaikan ada ruangan kosong menjenguk kamar jiwaku.Dimana rakan2ku, sedang buat ape mereka disaat-saat begini, mungkin lantaran sikap manusia yang mempunyai emosi, bagitu juga aku. Diruang tingkap yang terbuka, ku jengah seketika, begitu hening. Tiada gelak ketawa kanak2 yang seperti selalunya menerjah gegendang telingaku, dan adakalanya amat membingitkan. tapi tidak seperti dipagi ini. Hairan, sedang musim cuti persekolahan masih berbaki lagi seminggu..Ahh..persetan semuanya, buat apa hendak aku menambahkan lagi bertapa beratnya fikiranku tentang semalam. Ikutkan hati mau ku laungkan pada dunia bertapa kecewa dengan sesetengah sikap manusia, dasar bermewahkan diri sangup menghimpit kesusahan orang lain, sedangkan cakap beralas sutera, menampakkan lembut gigi dari lidah rupanya buruk berbaik sangka.



Bila aku dengar lagu ni, begitu r kesimpulannya..nak kata aku ni orang lama, tidak la jugak, tapi kalau dengar lagu2 macam ni aku rasa macam satu motivasi pada diri aku.Tambah2 pulak senikata dia berunsur nasihat. Dari segi susunan musik aku tak kisah sangat, irama dikir barat, pop rock, hardrock, funky,rap, semua aku boleh terima.Bagi aku yang penting senikata lebih berunsur nasihat yang berguna aku terima..terima rojer..he..he..Ni tak, balik2 lagu cinta, balik2 lagu cinta, lagu2 cinta ni kebanyakan tarikan muda mudi r..Bukan aku takde rasa cinta, bohong kalau takde rasa cinta. Tapi sebenarnya lagu2 macam tu kadang2 aku perhati dengar la..umpama pemandu kepada perasaan kita. Macam kalau korang baca novel. kalau novel tu banyak elemen2 sedih, maka secara tidak langsung emosi si pembaca terikut2. kalau yang kat tv lagi r..bila tengok citer sedih film hidustan..aisey..adik beradik perempuan aku, meleleh air mata dia..hu..hu..ape2 pun tak boleh r..bukan aku nak kata yang semua tu pengaruh kepada generasi akan datang, tapi kalau diperhatikan bahasa yang digunakan jadi ikutkan..macam r aku mula2 main ptt, opokobondo dia orang cakap ni, macam wayang kulit ada, macam makyong ada, mcm2 ala lo..tapi bila aku guna mesin tu, lama2 apa yang aku fikir mulanya menjadi satu trend atau kebiasaan pada diri aku sendiri. Main ptt ni, bukan setakat berojer-rojer jer, tapi ada gak jadi medan orang menguji bakat suara, berkaraoke..eh yer ker? yer..kalau tak salah aku ada nama channel tu "JOM KARAOKE". Tapi aku tak der r channel tu, cuma pernah tengok dalam mesin2 pelanggan aku..tak pulak aku cuba on walaupun kadang2 bila dah siap aku boleh test dengar2. tapi tak pulak aku cuba lalaikan channel 2..lagi pun aku bukannya pandai nyayi pun. Setakat memekak dalam bilik kecik kat rumah time dok sorang2 boleh r..itu dulu, sekarang tak boleh r, nanti terdengar dek jiran2 aku..hishhh..masalah ko, kalau ada sudu jatuh ke lantai dari rumah jiran sebelah umah aku pun aku boleh dengar..ape lagi suara aku dok memekak dalam bilik kecik tu..tak pasal2 pengurusi penduduk datang jemput aku perkena teh secawan kat warung berdekatan..ada makna tu..bukan sengaja dia nak belanja, silap2 aku yang kena bayar..he..hee..
Citer pasal karaoke dalam channel ptt ni, ada yang suka2 ada yang dapat hadiah. Fuyooo.SOrang dok kat kelantan, sorang dok kat kedah, sorang dok selanggor, sorang dok jb macamana nak karaoke. Itu kelebihan komonikasi secara ptt, bila kita guna tekan untuk cakap sama gak tekan untuk menyanyi, juri pun mesti ada mesin ptt, begitu juga penganjur..jadi bila korang menyanyi, ramai pihak boleh dengar suara korang menyanyi termasuk la para juri..biasanya setiap apa2 pertandingan, panganjur akan umumkan dalam channel seminggu lebih awal, kadang2 tuan rumah atau tuan tanah akan tukar nick name atau nama gelaran glamer dia dalam aktif member, sudah menjadi kebiasaan yang main ptt. sebelum dia melaporkan suara, bila dia lalaikan channel atau of ptt, langkah pertama mesti check aktif member. Jadi kat situ boleh tahu ada acara mendatang, nak tahunlabih lanjut, lapor suara kemudian tanya r, itu aje.Banyak sebab munasababnya.Itu bergantung pada korang la.Kalau korang buka channel perang..jangan amalkan cara ni kalau mesin korang guna firmware version tinggi atau terkini. silap2 handphone korang boleh terpadam seketika..ingat bro. Ops lupa, setiap pertandingan mesti ada hadiah, begitu gak dalam ptt, pun ada hadiah walaupun juri dok kat melaka, penganjur kat jb, perserta plak merata negeri, tapi hadiah tetap dihantar. Itu aku respect. bila kita amanah kerpercayaan itu akan sentiasa disenangi dalam rakan2 ptt dan menjadi aset untuk kita.Biasanya hadiah berupakan tambah nilai..topup r beb,pemenang jugak adakalanya berhak nilai tambah dimasukkan pada no telefon mana2, baik ptt atau pun peribadi.Dan adakalanya penganjur menetapkan syarat2, seperti contoh hanya no aktif member atau selainnya.Tapi rasa banyak lagi cabang acara yang boleh dilakukan dengan menggunakan ptt ni. Contohnya mencari harta karun dan lain2. Mungkin korang lagi banyak idea kreatif, cipta aktiviti sihat menggunakan ptt. mesti fun punya. Hadiah bergantung kepada kemampuan kita atau penganjur la..yang penting ati pun sukerrrr..
Cuma harapan aku kepada korang dan semua rakan2 ptt, samaada aku tak kenal mahu pun kenal, pesan sebagai salah seorang kaki ptt macam korang di Malaysia ni, jangan salah gunakan ptt tu, bila kita salah guna, mereka dan keluarga mereka ambil tindakan, kita gak yang rugi..sedangkan GPRS melingkup setengah hari pun kita rasa gelisah tak karuan, inikan pula kena sekatan berpanjangan..Maxis..jangan..
Akhir kata,
Kalau ada sumur diladang
Boleh aku menumpang mandi
Kalau umur yang panjang
Boleh aku menaip lagi.

Tangkap kelah dilubuk kuala
Anak haruan si ikan keli
Andai Silap, salah dan kata
Harap tuan maafkan kami

Sayang muah..muah..pada semua.
J13
Aku Budak Chiku

Masih Mencari Kerja?

Handphone PTT yg telah diubah suai oleh aku

EBiiz

Download Lagu2 Nasyid

Nak Belajar Main Gitar?

Nak buat duit kat laman sosial? facebook dan lain2..

Buat laman web/blog dapat duit..

Dah boring jd penanam angur terhormat..?

Demi Masa

Hijriah

AKU ANAK MALAYSIA

Ambo Budok Chiku

Foto saya
Johor Bharu, Johor, Malaysia
Aku Kaki PTT, Suka mesin2 PTT. Walaupun begitu, aku juga suka, puisi,sajak,seloka,pantun, cerpen, dan apa2 jenis penulisan yang lunak didengar.

Pengikut

Statistik Pelawat


weather counter

EBiz

.

EBiz

Interesting?

Lagi Blog berkaitan PTT

My Mentor

Jumpa Lagi