Keranamu,

Keringatku mengalir,perutku pernah terikat,mataku pernah bersengkang,langkahku pernah longlai,otakku pernah membeku,darahku pernah menitis,airmataku pernah bercucuran, jiwaku pernah kosong,hatiku pernah sunyi,oleh keranamu dan kerana aku..Kaki PTT.

My Mentor

EBiz

Salam semua, ntah kenapa dikala pagi ini aku terasakan begitu sunyi, seperti hatiku, bagaikan ada ruangan kosong menjenguk kamar jiwaku.Dimana rakan2ku, sedang buat ape mereka disaat-saat begini, mungkin lantaran sikap manusia yang mempunyai emosi, bagitu juga aku. Diruang tingkap yang terbuka, ku jengah seketika, begitu hening. Tiada gelak ketawa kanak2 yang seperti selalunya menerjah gegendang telingaku, dan adakalanya amat membingitkan. tapi tidak seperti dipagi ini. Hairan, sedang musim cuti persekolahan masih berbaki lagi seminggu..Ahh..persetan semuanya, buat apa hendak aku menambahkan lagi bertapa beratnya fikiranku tentang semalam. Ikutkan hati mau ku laungkan pada dunia bertapa kecewa dengan sesetengah sikap manusia, dasar bermewahkan diri sangup menghimpit kesusahan orang lain, sedangkan cakap beralas sutera, menampakkan lembut gigi dari lidah rupanya buruk berbaik sangka.



Bila aku dengar lagu ni, begitu r kesimpulannya..nak kata aku ni orang lama, tidak la jugak, tapi kalau dengar lagu2 macam ni aku rasa macam satu motivasi pada diri aku.Tambah2 pulak senikata dia berunsur nasihat. Dari segi susunan musik aku tak kisah sangat, irama dikir barat, pop rock, hardrock, funky,rap, semua aku boleh terima.Bagi aku yang penting senikata lebih berunsur nasihat yang berguna aku terima..terima rojer..he..he..Ni tak, balik2 lagu cinta, balik2 lagu cinta, lagu2 cinta ni kebanyakan tarikan muda mudi r..Bukan aku takde rasa cinta, bohong kalau takde rasa cinta. Tapi sebenarnya lagu2 macam tu kadang2 aku perhati dengar la..umpama pemandu kepada perasaan kita. Macam kalau korang baca novel. kalau novel tu banyak elemen2 sedih, maka secara tidak langsung emosi si pembaca terikut2. kalau yang kat tv lagi r..bila tengok citer sedih film hidustan..aisey..adik beradik perempuan aku, meleleh air mata dia..hu..hu..ape2 pun tak boleh r..bukan aku nak kata yang semua tu pengaruh kepada generasi akan datang, tapi kalau diperhatikan bahasa yang digunakan jadi ikutkan..macam r aku mula2 main ptt, opokobondo dia orang cakap ni, macam wayang kulit ada, macam makyong ada, mcm2 ala lo..tapi bila aku guna mesin tu, lama2 apa yang aku fikir mulanya menjadi satu trend atau kebiasaan pada diri aku sendiri. Main ptt ni, bukan setakat berojer-rojer jer, tapi ada gak jadi medan orang menguji bakat suara, berkaraoke..eh yer ker? yer..kalau tak salah aku ada nama channel tu "JOM KARAOKE". Tapi aku tak der r channel tu, cuma pernah tengok dalam mesin2 pelanggan aku..tak pulak aku cuba on walaupun kadang2 bila dah siap aku boleh test dengar2. tapi tak pulak aku cuba lalaikan channel 2..lagi pun aku bukannya pandai nyayi pun. Setakat memekak dalam bilik kecik kat rumah time dok sorang2 boleh r..itu dulu, sekarang tak boleh r, nanti terdengar dek jiran2 aku..hishhh..masalah ko, kalau ada sudu jatuh ke lantai dari rumah jiran sebelah umah aku pun aku boleh dengar..ape lagi suara aku dok memekak dalam bilik kecik tu..tak pasal2 pengurusi penduduk datang jemput aku perkena teh secawan kat warung berdekatan..ada makna tu..bukan sengaja dia nak belanja, silap2 aku yang kena bayar..he..hee..
Citer pasal karaoke dalam channel ptt ni, ada yang suka2 ada yang dapat hadiah. Fuyooo.SOrang dok kat kelantan, sorang dok kat kedah, sorang dok selanggor, sorang dok jb macamana nak karaoke. Itu kelebihan komonikasi secara ptt, bila kita guna tekan untuk cakap sama gak tekan untuk menyanyi, juri pun mesti ada mesin ptt, begitu juga penganjur..jadi bila korang menyanyi, ramai pihak boleh dengar suara korang menyanyi termasuk la para juri..biasanya setiap apa2 pertandingan, panganjur akan umumkan dalam channel seminggu lebih awal, kadang2 tuan rumah atau tuan tanah akan tukar nick name atau nama gelaran glamer dia dalam aktif member, sudah menjadi kebiasaan yang main ptt. sebelum dia melaporkan suara, bila dia lalaikan channel atau of ptt, langkah pertama mesti check aktif member. Jadi kat situ boleh tahu ada acara mendatang, nak tahunlabih lanjut, lapor suara kemudian tanya r, itu aje.Banyak sebab munasababnya.Itu bergantung pada korang la.Kalau korang buka channel perang..jangan amalkan cara ni kalau mesin korang guna firmware version tinggi atau terkini. silap2 handphone korang boleh terpadam seketika..ingat bro. Ops lupa, setiap pertandingan mesti ada hadiah, begitu gak dalam ptt, pun ada hadiah walaupun juri dok kat melaka, penganjur kat jb, perserta plak merata negeri, tapi hadiah tetap dihantar. Itu aku respect. bila kita amanah kerpercayaan itu akan sentiasa disenangi dalam rakan2 ptt dan menjadi aset untuk kita.Biasanya hadiah berupakan tambah nilai..topup r beb,pemenang jugak adakalanya berhak nilai tambah dimasukkan pada no telefon mana2, baik ptt atau pun peribadi.Dan adakalanya penganjur menetapkan syarat2, seperti contoh hanya no aktif member atau selainnya.Tapi rasa banyak lagi cabang acara yang boleh dilakukan dengan menggunakan ptt ni. Contohnya mencari harta karun dan lain2. Mungkin korang lagi banyak idea kreatif, cipta aktiviti sihat menggunakan ptt. mesti fun punya. Hadiah bergantung kepada kemampuan kita atau penganjur la..yang penting ati pun sukerrrr..
Cuma harapan aku kepada korang dan semua rakan2 ptt, samaada aku tak kenal mahu pun kenal, pesan sebagai salah seorang kaki ptt macam korang di Malaysia ni, jangan salah gunakan ptt tu, bila kita salah guna, mereka dan keluarga mereka ambil tindakan, kita gak yang rugi..sedangkan GPRS melingkup setengah hari pun kita rasa gelisah tak karuan, inikan pula kena sekatan berpanjangan..Maxis..jangan..
Akhir kata,
Kalau ada sumur diladang
Boleh aku menumpang mandi
Kalau umur yang panjang
Boleh aku menaip lagi.

Tangkap kelah dilubuk kuala
Anak haruan si ikan keli
Andai Silap, salah dan kata
Harap tuan maafkan kami

Sayang muah..muah..pada semua.
J13
Aku Budak Chiku


Salam sejahtera buat semua, salam satu Malaysia dan salam satu benua..

Tidak ada apa2 yang cerita yang lawak aku coretkan pada pagi ni.Hanya mengisi ruang waktu kosong. Selepas bersarapan pagi, sambil menghisap rokok sebatang, teringgat nak mula catatkan sesuatu pada blog ni, selepas kecewa disebabkan kesilapan semalam, antara lena dan terjaga secara tidak sengaja aku terpadam blog aku sebelum ni..menyesal pun tiada gunanya. Silap aku jugak, lantaran geram melanda, aku padam salah satu akaun gmail aku, tanpa disedari dan tanpa pengesahan kali kedua, semuanya terpadam, lenyap dan tengelam..terlajak perahu boleh diundur, tersilap tekan terus terpadam.Hasil kerja aku selama sebulan lenyap begitu saja.Hendak dimarah, jari aku, hendak ditegur, silap sendiri.Harapkan subur mekar mewangi, rupa baja berisi racun.
Semalam aku tak lena, mengenang peristiwa malam tadi.Namun syukur alhamdullillah..aku munajatkan diri padaNya, mohon petunjuk dan kekuatan, agar aku bisa berlari, agar aku bisa berdiri, seteguh mereka, sipohon jati.
Dimana aku harus bermula, baris mana bertitik tinta, ayat mana harus bersambung, rahsia mana harus gali, ilmu mana harus ku kongsi, agar semua dapat dihayati.
Ya..ya..ya..terima Rojer..
Begitulah kadang2 korang boleh dengar coloteh pengguna2 ptt ni, ada bersajak, berpantun, bersyair, bernyanyi, huyooo...macam2 ala lo..kata sorang amoi tu, bila dengar kat mesin ptt aku. Ah..biasa r..kalau korang guna mesin ptt, korang pun ada cerita atau kenangan pasal mesin, atau pengalaman2 lain korang bab2 ptt ni, betui tak..tak betui..ah, tak bohong r..walau sekali pun korang ada handphone ptt, tapi nak pernah guna ptt, paling tidak pun kenangannya ada orang pernah tanya pasal ptt, tak pun korang penah beli dan jual..itu kira kenangan jgk r tu..
Dalam ptt ni ada yg pro dan ada yang kontra, maksudnya ada pendapat masing2. yer r, lain padang lain belalang..
Tapi ada sesetengah orang, bila tanya atau bagi tahu pasal ptt, ada yang tanya, ape dia tu?
Sah memang dia tak amik pusing pasal ni, ada plak yang bagi tahu, Best ek guna ptt ni, ek?
Sah dia berminat cuma 50/50, tapi kalau korang tanya pada kaki ptt ni, mcm aku ler..apa makna ptt tu, so easy..Persatuan Telinga Tebal. Ada 2 sebab bagi aku kenapa aku cakap macam tu. Itu cuma kiasan jer, bukannya mereka2 tu mempunyai telinga yang tebal.Cuba korang tanya kaki2 ptt. Senang cerita kemana mereka pergi, handphone ptt tak boleh berenggan, walaupun dia off, kalau korang jumpa orang macam ni, sah..kaki ptt.Pastu cuba korang tanya, kalau yang dah kawin tu, "Bang, isteri abang tak bosan ker abg guna ptt ni?"kalau dia jawab."Dia x kisah..". Senang citer aku cakap brother tu bohong ngan korang..Isteri mana yang tak bosan, kalau kehulu kehilir dia kepit mesin ptt dia..kadang2 masuk bilik termenung pun masih terdengar lagi, terima rojer, terima rojer...bukan aku nak kata orang, sebab aku pun macam tu..sbb aku kaki ptt. Tapi tidak r sambil melepas hajat sambil menekan button, paling tak pun aku boleh dengar rakan2 aku bersembang dijaluran ptt..isteri meleter, membebel, marah-marah kerana mesin ptt tu, aku buat tak tahu,dia kata bosan, bising, memekak..aku diam..sbb aku kaki ptt. kesimpulannya aku punya telinga yang tebal, sebab dapat menahan leteren isteri aku..dengar jer bebelan dia, itu sebenarnya yang dikatakan Tebal Telinga..lain r kalau isterinya pun joint skali..sama2 melantak2 dalam chanel, itu cuma pendapat aku jer..
Kesimpulan dan contoh yang kedua, kalau korang takde mesin ptt, cuba korang pegang sekejap mesin ptt, sedara, rakan2, ada jiran2 korang yg guna mesin ptt ni..kalau dia tu kaki ptt, paling komang pun mesti ada 1 channel atau group yang mana dipanggil oleh ramai pengguna ptt, channel perang. Channel perang ni mana ada jenis bersuara, Assalamualaikum, saya ni rakan baru, terima kasih kepada Tuan Tanah (Tuan Tanah gelaran yang diberikan kepada pembuat jaluran group/Channel) tersebut. Terima kasih pada tuan tanah sebab sudi hantar channel dot..dot..dot.. pada saya, lokasi di......., nak tanya kot2 ada nombor body.."..mmmm...tak payah ler..belum sempat korang prabih ayat, tiba2 korang dengar.."HORNNNNN...TRUNNNNN..CRUUUNNN", ha..tu dia, dia sambut dengan lori..baru korang nak tekan, alih2 "Crettttt...crottttt...creeetttt..crotttt...."...jangan korang silap, bukan dia sambut salam korang, tp sebab telinga dah tebal, dia dah tak berapa dengar dah salam korang tadi...sebab yang penting..dia nak balas bunyi horn tadi..lagi pulak, dia cuma dok menekan, kosentrasi pada mendengar terjejas skit..paling tak orang yang 4 atau k5, mungkin k6 akan sambut salam tadi..tapi kadang2 yang sambut salam tadi tu orang yang bunyikan horn tadi tu, mau tidak, check aktif member, nama dia saja ada 6, maknanya dia guna 6 bijik mesin, macam m16, sekali tekan, berapa bijik skali kuar? tak tahu plak aku..tapi yang aku nak cerita perang dalam ptt...tak percaya? cuba korang masuk ada satu chanel 2, aku tak bohong..kalau dlm chanel 2 ada sampai 6,7 nama dia...power poket, bukan power mesin..katakan dalam satu masa ada 60 aktif member..itu kira secara pejam, tp kalau secara celik mungkin sepuloh orang..tapi harus kena ingat, walaupun mesin korang firmware version bawah 3.93 nokia 6020/6021, check aktif member lama sangat, bleh terpadam gak mesin tu..ini bukan segaja aku reka cerita, pengalaman aku rakan junior dlm ptt.. berbalik pada bunyi-bunyi yang macam2, ish..susah aku nak cerita bunyi apa lagi..tapi bunyi2 tu boleh menyakitkan telinga bagi yang tak biasa, kalau dah biasa..itulah yang dikatakan Tebal Telinga atau Telinga Tebal.
mmm..diam tak diam, sambil menaip ni, dua batang rokok aku bakar..ilmunya yang disampaikan cuma dihujung dihujung bara..
Tapi hakikatnya bukan begitu, tak semuanya begitu, dan tak selalunya begitu..bagi mereka yang tak pernah dengar, tak pernah tahu, atau baru nak berkecimpung dalam ptt ni, aku ada sedikit pengetahuan untuk dikongsi mengenai ptt..bukan nak menunjukka aku serba tahu, tapi sedikit sebanyak sumber yang aku korek, aku gali, aku kaji selama aku main ptt, sekurang-kurangnya aku kumpul dan jadikan sebagai bahan untuk pengetahuan buat diri aku, dan mungkin juga buat korang yang ingin tahu. tak kira la samaada korang ni lelaki mahu pun perempuan, kalau dah minat, orang perempuan sekarang ni ramai yang menendang bola sepak. Satu perkerjaan, permainan atau minat tidak difokus pada jantina, yang penting kita jaga tatasusila.
ok, let go to the point.

Push-To-Talk.
P.T.T atau Tekan untuk cakap adalah teknologi yang ada di dalam handphone beroperasi seperti walkie-talkie dan berada didalam rangkaian cellphone atau Telefon bimbit. Komunikasi yang terjalin bersifat sehala dua arah, one-to-one (satu orang kepada satu orang) atau one-to many (satu orang pada banyak orang) berkumpulan. Komunikasinya bersifat half-duplex, macam walkie talkie, seorang pengguna hanya dapat mendengar ketika rakan lain atau rakan dalam kumpulan talian sedang bercakap. Jadi, PTT ini ibarat radio dua hala cuma digabungkan dalam telefon bimbit. Fungsi ini tidak sama seperti sistem full-duplex yang selalu kita gunakan atau berhubung. Sebab PTT menggunakan rangkaian GPRS atau nama penuhnya Genera Packet Radio Service, sedangkan telefon biasa yang kita gunakan, menggunakan rangkaian GSM, iaitu General sistem mobile. GSM bersifat dua hala dua arah, Dimana pemanggil dan penerima dapat bercakap serentak. Dari masa ke semasa, teknologi telefon bimbit sentiasa diperbaharui bagi mencapai tahap dan keadaan semasa, contohnya handphone model terbaru dan terkini, kebanyakkan menyokong 3G dan 3.5G, peringkat ni boleh dikatakan capai rawak lebih cepat dan menjimatkan, tapi bagi aku bukan menjimatkan duit, cuma menjimatkan masa.
Kalau ikutkan main PTT guna model yang support 3G atau 3.5G lagi bagus, cuma dari segi capaian dia, yang tak bagus model2 macam ni korang tak boleh nak menolak atau reject call dalam penggunaan PTT, Kalau korang tekan button tamatkan panggilan, dia pergi bahagian Idle screen. Lagi satu..handphone korang beli mahai2..tak sayang ker nak ubah suai itu ini, cucuk sana cucuk sini, korek sana korek sini, isk..kalu aku..biar tak buat pun..barang dalam tong sampah aku guna pakai semula, inikan pula yang kuar modal 7,8 ratus.

Cara ianya berfungsi.

Cara penggunaan dari sistem PTT ni, pengguna yang ingin bercakap harus menekan suis cakap,atau lebih dikenali button pump bagi kaki ptt. Had masa percakapan bergantung kepada pembekal talian, Std masa hanyalah 30 saat dan sekiranya korang inginkan percakapan melebihi masa, korang perlu lepaskan button pump tersebut, kemudian harus mengulangi tekan kembali.
Tapi sekiranya korang dijaluran yang sentiasa sibuk, untung r kalau korang boleh pump lebih dari 3 kali.

Kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan.
1- Anda bercakap semua orang dalam group dengar pada masa sebenar.
2- Jauh lebih murah dari mengunakan komukasi biasa..rm15 sebulan, jadi 50 sen jer satu hari.
3- Dari 3 fungsi menjadi 4 fungsi, (sms, mms, call) kepada (sms, mms, call, PTT)..yang support PTT jer.
4- Berhubung secara berkumpulan
5- Rasa macam polis walaupun tak lulus pmr..he..he..(Engko jgn cari masalah)
6- Senang nak minta bantuan kumpulan, bukan bantuan kewangan tau..tapi kalau rakan kumpulan wat dekkkkk..aku tak tahu.

Kekurangan.
1- Kena ada rakan2, atau kumpulan yang ada Handphone support PTT jer.
2- Tak pandai atau lambat tekan, korang kena beratur time line sibuk..
3- Jaringan yang digunakan adalah GPRS(General Packet Radio Service),jadi suara yang diterima tak jelas, mcm speker pecah,
4- Kalau korang topup lebih dari rm15 bayaran bulanan. Baki kredit korang kena sedut..sape yang sedut? ntah..maxis kata GPRS yang sedut.
tapi kalau topup cukup2..tak pulak komunikasi down ek..
5- Batteri cepat habis. Guna handfree dpt menjimatkan cas batteri, tapi telinga plak cepat rosak..

Sejarah.

Pada awalnya, PTT atau tekan untuk cakap ini diadaptasi pada telepon satelit yang diguna pakai oleh perusahaan Thuraya di Perancis,namun telepon satelit ini hanya digunakan oleh orang-orang tertentu saja, orang2 kaya disebabkan harganya yang terlalu mahal. Tapi sekarang ni pasukan tentera atau ahli2 risikan masih guna lagi telefon setelit ni..osama ben laden pun guna hanphone satelit,eh..yer ker..?
Telepon satelit ini saiz dia lebih kurang jer telepon biasa2 macam 3310 tu jer, tapi ada fungsi yang beroperasi sistem macam walkie-talkie (interkom penghantarpenerima) juga dilengkapi dengan microchip pengesan automatik untuk mengesan gelombang termasuk fungsi2 lainnya.
PTT atau tekan untuk bercakap ni diperkenalkan pada tahun 2002 sebagai perkembangan ataupun naik taraf..sebab masa 2 dah banyak pengeluar product semi konduktor, bila dan ramai pembekal, barang jadi murah..kilang komputer pun dah banyak time tu.

Dari sistem VOIP (Voice Over Internet Protocol) disupport plak dengan 3G.
Bermula pada kongres dunia 3GSM (3rd General Sistem Mobile) di Cannes pada Februari 2003, pengeluar handphone seperti Nokia, Ericsson dan Siemens telah mengumumkan bahawa mereka dapat mengadaptasi fungsi walkie-talkie digabungkan dalam handphone jenis GSM.
Pada Jun 2003, Nextel Communications meningkatkan penguasaan walkie talkie berkerjasama dengan Motorola. Tapi sekarang ni, motorola ambil alih, produk pun atas nama dia.
Tetapi kalau korang nak tahu,model telefon rangkaian GSM yang pertama menggunakan fungsi PTT adalah daripada Nokia,MOdel 5140. Sebab tu la model ni, kalau korang menyelam kaki labah2, menyelam rumah, banyak lagi r panggilan menyelam ni, tak larat nak tulis ni, macamana skali pun korang buat dlm channel. dia selamber jer..korang peratus 00, dia slamber jer, korang guna %9999 dia steady, korang guna ini _?, dia sengeh jer, korang menyelam dasar laut, dia ketawakan jer..
Model 5140 ni, version paling rendah kalau tak salah..3.10. Biasa r..macamana pun, abg mesti ada kelebihan dia..
Tapi nak buat button untuk model ni, cerewet skit r..jenis sarung..hu..hu..ape pun tak boleh.
Pada Februari tahun 2004, Sony Ericsson pun mengeluarkan produknya yang serupa dengan fungsi PTT, Lepas pada tu motorola ikut buat jugak,(L6), tapi pasaran Eropah ngan US jer, yang dia orang jual kat Malaysia, xder! diulang xder!
Akhir suku tahun pertama 2004, barulah komunikasi secara PTT ni mula aktif di eropah dan US.
Tapi tak la sehebat pelancaran Iphone 3G. Sampai yang ada sanggup menunggu 16jam, berkampung dan tidur dpn tempat pelancaran Iphone 3G.

Alahai, aku pun dah penat, nak cerita lagi, insyaallah, dilain kesempatan aku cerita dan kongsi lagi apa yang aku tahu..ops..mintak maaf menyusun sepuloh jari kalau ada bahasa yang kasar, carca marba dan sebagainya..almaklum r, laukku tak cukup masin. Bak kata orang,

Buah cempedak diluar pagar
buah keranji didalam perahu
saya budak baru belajar
banyak lagi saya tak tahu..

Dalam semak ada duri
Bersarang rendah siburung tempua
Bukan hendak melarikan diri
dilain masa cerita berbeza,

Salam muah..muah..
buat semua,
Terimaaaaa...Rojerrrrr..

J13
Budak Chiku

Masih Mencari Kerja?

Handphone PTT yg telah diubah suai oleh aku

EBiiz

Download Lagu2 Nasyid

Nak Belajar Main Gitar?

Nak buat duit kat laman sosial? facebook dan lain2..

Buat laman web/blog dapat duit..

Dah boring jd penanam angur terhormat..?

Demi Masa

Hijriah

AKU ANAK MALAYSIA

Ambo Budok Chiku

Foto saya
Johor Bharu, Johor, Malaysia
Aku Kaki PTT, Suka mesin2 PTT. Walaupun begitu, aku juga suka, puisi,sajak,seloka,pantun, cerpen, dan apa2 jenis penulisan yang lunak didengar.

Pengikut

Statistik Pelawat


weather counter

EBiz

.

EBiz

Interesting?

Lagi Blog berkaitan PTT

My Mentor

Jumpa Lagi